Followers

Rabu, 28 November 2012

Surat untuk Encik Jodoh


Assalamualaikum awak .

Ye . Awak .Encik jodoh saya . Saya mungkin tak kenal awak .Mungkin kita jauh . Mungkin kite pernah berselisih . Mungkin . Segala-galanya mungkin . Tapi awak . Awak jodoh saya . Kadang-kadang saya tertanya-tanya apa yang awak buat sekarang . Mungkin tengah menunggu waktu solat . Alhamdulillah la kalau macam tuh . Saya betul-betul harap awak macam tuh . Semoga awak sihat . Ye . Sihat . Jaga diri awak sebab saya perlukan awak sebagai jodoh saya , ibu bapa awak memerlukan awak sebagai anak mereka .

Awak . Saya bukan lah baik . Saya masih lagi manusia biase yang melakukan dosa . Saya tidak perfect untuk jadi ketua bidadari awak di syurga . Tapi awak . Saya tak boleh mengharapkan Encik Jodoh sempurna . Baik dari segi rupa atau agama . Sebab Allah S,.W.T dah menjanjikan

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur-26

Siapalah saya untuk meminta yang sempurna sedangkan diri ini masih jauh lagi dari kesempurnaan . Awak . Kalau awak la jodoh saya , bimbinglah saya . Tegurlah saya jika saya melakukan kesalahan . Janganlah terus menghukum saya dengan apa yang saya tak lakukan . Awak . Kalau awak encik jodoh saya , saya harap cinta dalam hati ni hanya mekar untuk awak . Rindu dalam hati ni hanya ada untuk awak . Begitu juga dengan awak . Semoga hati awak masih lagi mempunyai tempat untuk saya walaupun sedikit .

Saya mengharapkan hubungan awak dengan keluarga awak baik . Semoga awak dapat menghormati ibu-bapa saya ,keluarga saya , seperti mana awak menghormati ibu bapa awak dan keluarga awak . Semoga awak dapat menjaga saya dan melindungi saya ,seperti awak menjaga diri sendiri dan keluarga .

Encik jodoh . Semoga saya dapat bertemu dengan awak secepat mungkin . Bukan kerana gatal atau apa tapi saya ingin menyelamatkan diri dari godaan syaitan . Saya nak menyelamatkan diri dari zina . Saya nak menyelamatkan diri daripada pengaruh-pengaruh zaman muda ini .

Awak . Saya mengharapkan cinta yang lahir dari hati saya untuk awak dapat menghapuskan cinta-cinta yang pernah hadir dalam hidup saya . Saya mengharapkan cinta awak untuk saya juga dapat membuang semua cinta-cinta yang pernah wujud dalam hidup awak .

Dear Encik Jodoh ,

Saya mengharapkan kalau tergerak hati awak untuk membaca surat nie , akan ada 1 perasaan halus yang hadir . Saat awak membaca surat ni, semoga ade sedikit rasa bahagia . Awak . Semoga rasa sayang tuh hadir saat awak membaca surat nie . Bimbing la saya untuk menjadi muslimah yang sejati . Bimbing lah saya untuk hanya memandang awak sebagai jodoh, imam, pemilik tulang rusuk,suami, dan sahabat .

Encik Jodoh ,

Saya bukan mahu berkawin cepat kerana desperate . Jauhkanlah rase tuh dari hati awak . Saya cume ingin menjadi yang halal untuk orang yang betul . Saya takut dengan godaan syaitan . Saya takut diri saya hanyut dalam arus duniawi ni lebih dalam .Lebih jauh . Saya takut sekiranya saya hanyut dan terus lemas dalam arus nie dan tak boleh diselamatkan lagi .

Maafkan saya sebab mengarang terlalu panjang untuk awak di saat kita masih belum mengenali sesama sendiri . Maafkan saya jugak sebab meminta terlalu banyak  pada saat belum kita bertemu . Maafkan saya kerana pernah bercinta dengan lelaki yang selain awak .Maafkan saya kerana pernah melunakkan suara untuk lelaki yang selain awak . Maafkan saya kerana pernah merindui orang yang selain awak .Maafkan saya pernah memimpikan lelaki lain untuk menjadi jodoh selain awak .


Semoga awak berjumpa dengan surat ini . Semoga ade rase yang wujud semasa membaca surat ini . Semoga rase cinta bercambah di hati kita saat kita berjumpa .

Semoga gembira awak di sana, di tempat yang saya tak tahu .


yang ikhlas ,
SAYA .

1 ulasan:

outbound malang berkata...

semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..